Facebook Pages

Popular Posts

Poll

Air Mata Di Lorong Perjuangan

Thursday, 16 October 2008

Perjuangan bukanlah satu jalan yang mudah seperti mudahnya meniti satu jambatan, tetapi jalan yang sukar seperti berakit di tengah lautan.Ingin mencapai impian semanis madu perlu meredah kepayahan sepahit hempedu.Ramai orang yang tersungkur di tengah perjuangan dan rugilah mereka, apakah kita tidak yakin dengan janji Allah?Firmannya bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah membeli diri orang-orang mu'min, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .."
-Surah At-Taubah: ayat 111

Andai benar kita dahagakan cinta Allah, pasti kita bangkit kembali dalam arus perjuangan walaupun perit tidak terkata, untuk bahawa kita adalah pahlawan Islam.Biar syahid di medan juang, jangan hina di sisi tuhan.
Read Post | comments

Huffaz! Dirimu Permata Berharga

Para Huffaz merupakan insan yang amat berharga untuk menyelusuri arena dakwah terhadap masyarakat.Siapakah lagi yang kebih layak dari mereka yang menghafal kalamullah untuk memartabatkan Islam, namun tidak cukup dengan mengingati aya-ayat Al-quran sahaja, tapi perlu dihiasi dengan dengan ilmu -ilmu lain, akhlak dan aqidah yang kukuh.Namun sedihnya ada juga segelintir huffaz yang menconteng arang pada gelaran huffaz yang menyebabkan para huffaz hari ini di rendahkan martabat oleh mata masyarakat.Anggapalah diri kita permata berharga yang sesekali tidak akan kita campakkan ke parit yang kotor.Ingatlah kita yang menyusahkan orang lain akan ditimpa jua kesusahan dari orang lain.
Read Post | comments

Kenangan Di Sepanjang Perjalanan

Bagi mereka yang mengecapi kemanisan ukhwah dalam perjuangan pastinya ia menjadi kenangan sepanjang perjalanan kehidupan.Pahit manis yang dikecap dalam memperjuangkan Islam tidak sama dengan memperjuangkan urusan keduniaan.Ukhwah dalam perjuangan lebih hebat dari kasih sayang dalam percintaan.Carilah kemanisan ukhwah dalam berusrah, pastinya sukar untuk kita meninggalkan perjuangan, kerana kenangan adalah pengalaman, dan pengalaman itu mutiara dalam kehidupan.Al-Banna telah menggariskan bahawa ukhwah adalah salah satu rukun di dalam rukun bai'ah, maka tidak dapat tidak ukhwah amat penting untuk dipraktikkan dalam perjuangan.
Read Post | comments

Remaja! Jangan Tersungkur Di Pintu Maksiat

Tuesday, 14 October 2008

Semakin hari semakin bertambah mereka yang bergelar remaja, kelahiran-kelahiran remaja generasi baru bagaikan suis automatik untuk membuka litar maksiat.Hanya segelintir kecil sahaja remaja yang celik hatinya dari kegelapan.Bila mendengar kisah-kisah remaja, kita termenung dan terus bermenung, tapi apakah yang kita laksanakan?senario remaja yang berlumba mencari ilmu sudah bertukar arah, kini remaja sibuk mencari jalan keseronokan hidup sahaja.Senario remaja kini, hidup disisi orang tua disisih kerana bagi mereka "Kau orang tak matang lagi, mana boleh ikut kita orang", sedih tak terkata.... lalu remaja berjinak pula dengan kanak-kanak, malangnya disindir pula "Dah besar pun nak main dengan kita orang lagi"... diam seribu bahasa...Akhirnya remaja bersama dengan remaja, ketawa dan terus ketawa, tiada petunjuk tiada tujuan, rosak mereka dengan keseorangan.Gejala sosial, remajalah yang paling cemerlang. Pesananku, janganlah menghampiri pintu-pintu maksiat kerana bimbang kita tersungkur ke dalamnya.
Read Post | comments
 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all