Tuesday 7 April 2009

Lambaian Tanah Suci

Alhamdulillah, dalam kesederhanaan hidup yang di anugerahkan Allah, di hadiahkan lagi satu nikmat yang tidak terhingga yang hanya syukur mampu ku ucapkan padaNYA. Pada hari rabu (8 April 2009) ana bersama 21 orang sahabat Darul Quran akan insyaAllah akan berangkat ke Madinah untuk memohon menyambung pelajaran di Universiti Islam Madinah apabila tamat DQ nanti dan juga menunaikan ibadat Umrah.

Dalam kesibukan dengan pelbagai kewajipan, sahabat-sahabat ana memohon sumbangan kewangan dengan orang ramai untuk menampung perbelanjaan ke sana kerana urusan untuk ke sana adalah di bawah tanggungan persendirian, dan ana juga sempat buat kertas kerja mohon sumbangan, beli sampul surat dan setem, namun sepucuk surat pun tak sempat dihantar disebabkan beberapa masalah yang timbul dan kesempitan masa.Hanya pada ilahi ana mengharapkan pertolongan, ketika menyatakan kesanggupan dengan pihak pengurus untuk ke sana, kewangan masih belum ada sedikitpun, namun takdir Allah siapa yang tahu, dalam semiggu yang lepas, rezeki Allah datang dari sudut yang tidak diduga.Segala bantuan dari semua yang di kenali dan insan yang tidak di kenali hanya Terima kasih mampu ana ucapkan.Segala pertolongan hanya Allah yang mengetahui ganjarannya di akhirat nanti.

Berkenaan Universiti Islam Madinah pula macam-macam berita yang ana dengar dari ustaz-ustaz dan dan rakan-rakan, ada yang kata kerajaan sana hanya ambil enam orang pelajar Malaysia sahaja dalam setahun, namun ada yang mengatakan kerajaan sana tak tentu, kadang-kadang ramai dan kadang-kadang seikit.Doa dan harapanku pada Ilahi, andai Universiti Islam Madinah mengambil enam orang sahaja, maka dakulah salah seorang daripadanya, sekiranya ramai maka dakulah yang tergolong di dalamnya dan kiranya sedikit maka dakulah golongan yang sedikit itu.Moga Allah memperkenankan doa insan yang dhaif ini.Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Untuk ibadah Umrah pula, betapa malunya ana untuk ke Baitullah bila mengenangkan diri yang banyak melakukan dosa.Dalam setiap hari pasti ada ukiran dosa yang tercatat dalam catatan malaikat, begitu hina diri ini untuk melangkah ke Tanah Suci dan melawat ke RumahMu ya Allah.Namun ini adalah anugerah Allah kepada ana yang tidak disangka.Empat hari yang lepas, sewaktu mengadakan majlis solat hajat seorang jiran berkata kepada ana “beruntungnya kau hadi dapat ke Tanah Suci di usia muda, orang lain bekerja 10 tahun 20 tahun pun tak dapat pergi lagi”, sampai kini kata-kata itu masih jelas di fikiran ana, memikirkan betapa kasihnya Allah pada hamba, walaupun diri ini banyak melakukan dosa namun Allah tetap meanugerahkan ni’matnya kepada diri ini.Alhamdulillah ku panjatkan pada Ilahi yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Doaku moga Allah permudahkan urusan permohonan untuk sambung belajar di Madinah dan menerima ibadat Umrahku.Moga berkat sahabat-sahabat sekalian jua, Allah mempermudahkan segala urusan dan menerima amal ibadatku.Aminnn..

Air Mata Mengalir Di Pipi,

Tanda Penyesalan ,

Duduk Menyepi Di Hening Pagi,

Menghitung Dosa Memohon Keampunan ,

Ya Allah, Aku Malu Pada Mu,

Rasa Terhina Rasa Terharu,

Hakikat Dosa Yang Lalu,

Angkara Dunia Yang Palsu,

Ya Allah, Hatiku Pedih Dan Pilu,

Takutkan Azab Siksa NerakaMu,

Ku Tunduk Sujud Memujuk Rayu,

Untuk Kembali Padamu,

Ya Allah,Berilah Hidayah Padaku,

Menuju Jalan Yang Direstu,

Untuk Mu Ya Allah..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ampuni Dosaku..
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all