Monday 27 July 2009

Siapa Penyebab Cinta?

Sanubari muda mudi di akhir ini telah diwarna-warnikan dengan kisah percintaan.Nada “I Love U” bagaikan kalimah yang sedang menanti dihati untuk dilafazkan.Dasawarsa kini tidak lagi seperti dahulu, bahkan remaja yang menimba ilmu di sekolah-sekolah agama juga tidak tidak terhindar dari virus yang lebih bahaya dari H1N1 ini.Menyayatkan hati lagi apabila diari percintaan ditamatkan dengan kes-kes bunuh diri seperti yang belaku beberapa minggu yang lalu di sekitar Kuala Lumpur apabila seorang gadis yang cuba terjun dari jejantas sedang dibawahnya laluan keretapi.Ya, cinta seorang jejaka kepada seorang gadis adalah fitrah, tetapi bukankan cinta kepada tuhan itu satu kewajipan?.Tepuk dahi muhasabah diri.Ayuh kita mencari dimana benih cinta.Satu penggalian telah dilakukan pada jasad anak adam, maka terjumpa seketul darah yang bernama hati.Nah, inilah driver kepada jasad kita.Kemana ia menghala ke situlah jasad menuju.Maka kes-kes perzinaan, anak luar nikah, buang bayi dan sewaktu dengannya adalah lahir dari seketul darah tersebut.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Dalam hati anak adam itu ada seketul darah, maka apabila baik ianya maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila buruk ianya maka buruklah seluruh jasadnya”.Kini kebenaran telah terbukti, bahawa citra percintaan muda mudi adalah berakar dari hati.Hati yang tidak dibaja dengan keimanan akan terkikislah kemurniaanya dan bergandalah kebobrokannya.Sesudah kita temui masalah cinta ini bermula dari hati, dimanakah pula akar hati ini?jasad manakah yang bertindak sebagai akhbar untuk menyampaikan berita kepada hati kerana hati tidak mampu melihat.Kita hayati Firman Allah S.W.T dalam surah An-nur pada ayat ke-30 yang bermaksud : “Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar menjaga pandangan mereka..”.Maka sahlah sandiwara percintaan itu terhasil daripada pandangan seorang lelaki kepada seorang perempuan ataupun sebaliknya lalu di alirkan ke sebuah pusat pentafsiran yang bernama hati.Syair arab yang berbunyi “Mulanya pandangan, lalu senyuman, lalu bertegur sapa, lalu berbicara lalu berjanji lalu bersemuka”.Dikuatkan lagi dengan sebuah hadis yang bermaksud : “Dan dua mata itu adalah berzina, dan zina keduanya adalah pandangan”.

Penulis memetik pesan Dr Bayihiyyah dalam sebuah ceramahnya, agar jangan melakukan empat perkara(4P) :
1. Pandang-pandang(kerana akan terjadi)
2. Pegang-pegang(keranan akan terjadi)
3. Peluk-pelukan(lalu terjadi)
4. Perzinaan

Maka carilah penawar bagi hati yang yang diracuni dengan maksiat.Awas! pandangan terhadap seorang wanita sememangnya cukup menggegarkan hati lelaki apatah lagi seandainya yang dipandang itu seorang gadis ayu.Bagunkan kekuatan jiwa sebagai seorang pemuda dan pemudi yang anggun dengan akhlak dan luasnya ilmu pengetahuan.Sebagai perkongsian, tatkala penulis memandang seorang wanita, maka hati ini akan berkata “TAK CANTIK PUN!”, dengan ini insyaAllah kita dapat mengunci hati dari melepaskan nafsu di jiwa.Nantikan episod Membangunkan Kekuatan Jiwa sebagai resepi untuk membersihkan hati dan Ilmu Nafas(sebuah amalan kesihatan yang jarang diketahui) yang penulis akan kongsikan dalam artikel yang akan datang.

Hanya Allah Jua yang Mengetahui.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all