Wednesday 9 December 2009

Bertatih Seorang Diri

Penatku siapa yang tahu, hanya Dia yang aku mengadu agar di kurniakan kesabaran yang tinggi..Genap 4 bulan sudah saya tidak mengupdate blog ini, ramai yang bertanya kenapa tak update?jawapannya senang saja “ Al-Wajibat Aksar Minal Awqat”.Ceritanya begini..4 bulan yang lepas saya mendaftarkan laman web persindirian yang didaftarkan atas nama www.ustazhadi.com dengan kos RM35 untuk Domain dan RM160 untuk Hosting bagi tempoh setahun.Fikir punya fikir dengan nama “ustaz” ni malu kat orang jugak..maklumlah masih belajar, lalu saya daftar pulak Domain www.abdulhadi.com dan Hosting baru dengan kos RM276 untuk setahun.Bila siap daftar dan bayaran, saya dimaklumkankan domain(www.abdulhadi.com) di miliki oleh syarikat Network Solutions.Domain tersebut mempunyai carian/trafik yang agak tinggi, jadi mereka membeli domain tersebut dan membuat jualan lelong siapa yang sanggup membayar dengan harga yang lebih tinggi.Saya juga menawarkan RM300 untuk membeli domain tersebut, tapi tak diterima.Lalu saya cuba check yang Dot Net(.Net) tapi itu pun sudah dibeli orang.

Berminggu juga saya memikirkan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan domain www.ustazhadi.com saja.Saya fikir mungkin itulah yang terbaik buat saya, kerana pada awal sebelum saya mendaftarkan domain “ustazhadi.com” saya berimpian untuk menjadi model Ulama Profesional yang sedang dicanangkan oleh pimpinan Islam dewasa kini sekalipun sekalipun saya bukan diasuh dalam acuannya seperti pelajar Maahad Tahfiz Sains.Moga doa dimakbulkan Allah.Sebab itulah saya daftarkan atas nama “ustazhadi” untuk menampilkan dan membuktikan bahawa mereka yang belajar agama tidak akan dibiarkan Allah dalam perkara dunia seandainya kemahuan tersemat dihatinya.InsyaAlah webblog Ustazhadi.Com dapat dilayari pada 1 Mac 10 tidak lama lagi.RM276 tu jadilah rezeki orang.Guna blogspot pun hebat jugak,tapi kenapa tak nak guna blogspot?saya tak nak hurai panjang, ringkasnya setiap pemberian percuma dari Yahudi sebenarnya mendatangkan untung pada mereka.Nak tahu kenapa saya berkata begini?belajarlah dengan lebih mendalam berkenaan Telekomunikasi dan Internet Marketing.InsyaAllah diberikan Ilham oleh Allah kenapa yahudi berbuat begini.Justeru, tak perlu untuk saya menumpang di bahu yahudi untuk meninggikan Kalamullah, selagi mampu saya berusaha sendiri, saya akan berusaha sendiri sekalipun terpaksa terpaksa bertatih seorang diri.Tapi jangalah sahabat melepaskan manfaat yang boleh diambil darinya, Cuma kalau mampu berusaha sendiri, itulah yang terbaik.Liku kehidupan yang dilalui dalam 4 bulan ini banyak mendidik saya,tak muat untuk dikongsikan dalam artikel ini kesemuanya.Dalam 4 bulan yang berlalu sehingga saya berkerja sebagai Agen pengendar buku-buku ilmiah terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd, Webmaster Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, dan Agen Percetakan bahan-bahan pakaian seragam sekolah, t-shirt, cenderamata dan sebagainya.Saya juga melibatkan diri dalam Internet Merketing, Ketiga-tiga banner di atas post blog saya ialah Affialte(MLM melalui internet) yang saya sertai.

4 bulan yang dilalui banyak liku-liku yang saya lalui yang hanya Allah mnegetahui.Saya tidak bersedih dengan kekecewaan yang Allah hadirkan dalam ujiannya, kerana kegembiraan pastinya akan hadir selepas kesedihan sepertimana Allah menghiburkan Nabi dengan penduduk Madinah setelah dikecewakan oleh penduduk Makkah.Tahun ini banyak pengalaman yang diperolehi,dan yang paling baru ketika Aidiladha baru-baru ini.Selalunya di kampung saya yang membaca khutbah Hari Raya, namun tahun ini saya memberikan peluang kepada seorang ustaz di kampung untuk membaca khutbah agar insan lain juga mendapat ruang untuk menjadi pemimpin masyarakat.Tak di sangka Allah memberikan saya peluang lain pula.Hari raya ke-3 saya menyembelih seekor lembu.Alhamdulillah,apa yang dituturkan di bibir mulut sebelum ini tercapai jua dengan izin Allah. Bertambah lagi tunas pengalaman yang akan terus digilap untuk memimpin masyarakat demi meninggikan kalimah tauhid.Malam berganti siang, hanphone tak pernang senang diusik panggilan dari sahabat dan kenalan meminta khidmat perubatan Islam, kemahiran komputer, dan beberapa khidmat yang lahir dari kemahiran yang Allah kurniakan pada diri ini.Semaga setiap sesuatu yang datang dari Allah ini di pulangkan kembali pada jalan Allah S.W.T.Saya ucapkan terima kasih kepada pelawat blog yang puratanya 10-20 orang sehari walaupun blog tidak diupdate.Moga perkongsian ini mengubat sedikit kekecewaan hati sahabat.

Sabda Nabi S.A.W “Ridhaatu Lailan Fii Sabilillah, Kharun Minaddunya Wa Ma Fiiha”, maksudnya “ Berjaga Di Malam Hari Pada Jalan Allah S.W.T, Lebih Baik Daripada Dunia dan Seisi Dengannya”.Sama-sama kita amalkan.
Semoga Perkongsian Ini Membawa Manfaat.Hanya Allah Jua Yang Mengetahui.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all