Facebook Pages

Popular Posts

Poll

11 Tanda Hati Yang Bercinta

Friday, 29 May 2009

Kehidupan manusia tidak sunyi dari kalimah cinta.Cinta yang dikatakan fitrah manusia yang senantiasa menghantui fikiran manusia mampu membinasakan akal andai tidak pandai dijaga.Di sini dinyatakan 11 tanda-tanda cinta.

1. Sentiasa memandang si dia, ini kerana cinta itu bermula dari mata, sepertimana di sebut dalam sebuah pantun :
“dari mana semut melata,
dari bata turun ke titi,
dari mana datangnya cinta,
dari mata turun ke hati”.
Orang yang menyintai seseorang akan kerap kali memandang insan yang dicintainya, sebagaimana dikatakan dalam sebuah syair :
“kuikuti arah pandangan ke mana pun kau pergi,
tak seorang pun mampu halangi jalan yang ku lalui”
dan dalam syair lain
“jika mereka menghalangi agar aku tak memandangnya,
mataku pun takkan sudi lagi memandang manusia”
2. Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Merindui, membicarakan dan menyebut namanya, sebagaimana disebut di dalam pantun :
“adat permata di dalam tangan,
dibungkus dengan kain baldu,
jikalau bercinta menyesal jangan,
adat muda menanggung rindu”.
4. Tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri5. Bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai.
6. Menghayati perkataan orang yang cintainya dan mendengarkannya, sebagaimana syair : “ senantiasa ku perhatikan perkataanmu,
agar aku tampak mengerti dalam pikiranku”
7. Mencintai tempat atau rumah sang dicintainya.
8. Menyintai apa yang dicintai kekasih.
9. Gementar atau gelisah bila berhadapan dengan orang yang dicintai.
10. Cemburu kepada orang yang dicintai.
11. Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai, sebagaimana syair :
“kupunya sekeping hati yang ditebari cinta,
keranan cinta dia rela menghadapi penyiksa,
cinta menebus dirimu dnegna pengorbanan jiwa,
kan ku tebus pula dengan sesuatu di atas jiwa”.
Read Post | comments (4)

Guruku Amir Indra Petra

Sunday, 17 May 2009


Selamat Hari Guru Penulis ucapkan buat-buat guru-guru Di Maahad Amir Indra Petra dan tak lupa juga buat guru-guru SK Banggu yang mendidik penulis di zaman kanak-kanak.Jika tidak kerana mereka, mungkin hari ini kita tidak bisa mengenal apa-apa,kita membaca, kita menulis, semuanya hasil dari guru yang biasa.Mereka umpama sebatangliin, sanggup membakar diri demi orang lain.Gaji mereka tidak setinggi Doktor, Engineer, Arkitek, apatah lagi Menteri Besar.Namun setinggi mana sekalipun gaji mereka, mereka tetap lahir dari seorang guru.

Tanpa guru, mereka tidak mungkin mengejar kejayaan sebesar itu.Terima Kasih Guru.Jasamu, hanya Allahlah yang mempu membalasnya di akhirat nanti.Daku hanya mampu berdoa agar dirimu dipayungi rahmat Ilahi.Terima kasih buat guru-guru yang banyak membantu penulis, bermula dari pengetua Ust Muslim,Ust Fakhrudin Karimi, Ust Sobri, Ust Solah selaku guru Badah Dakwah yang selalu penulis dampinginya, dan semua guru di Amir Indra.Moga penulis mampu menjadi setabahmu.

Jika hari ni seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut,
Sabarnya, mengajar tulus baca..
Read Post | comments

Tingkatkan Trafik Blog Anda

Tuesday, 12 May 2009

Anda sudah tentu mahukan agar satu dunia mengunjungi blog anda.Disini diajarkan kepada anda tips-tips menigkatkan trafik blog anda agar lebih ramai pelawat yang mengunjungi blog anda.Disini juga penulis memberikan 15 tips untuk menjadikan trafik blog anda meningkat.
1. Pastikan anda mebuat posting secara tersusun, paling kurang semiggu sekali.
2. Daftarkan blog anda ke Enjin Carian sebanyak mungkin.
3. Mengunjungi blog lain dan mengikutinya sebagai teman/folowwer.
4. Pastikan artikel yang ditulis mengandungi pengisian yang menarik perhatina orang ramai.

5. Pasanglah iklan blog anda di mana-mana website yang menyediakan ruangan iklan.
6. Jadilah advertiser google adwords dan pasang keyword-keyword yang mencerminkan blog anda.
7. Iklankan blog anda di kenderaan anda,beg galas,balpen,buku,dan segala peralatan yang anda gunapakai.
8. Letakkan alamat blog anda sebagai “signature” dalam SMS di telefon bimbit anda.
9. Buka browser di komputer/laptop kawan anda dan setkan blog anda sebagai home page(tapi minta izin dahulu).
10. Ikhlaskan niat anda, bukan niat hendak menunjuk-nunjuk tapi agar manusia dapat mengambil ilmu-ilmu yang bermanfaat di blog anda.
11. Promosikan blog anda ketika anda berkomunikasi dengan sesiapa jua, boleh juga selepas anda ceramah, berucap di majlis, dan sebagainya.P/S : Jangan Laungkan Di Masjid!
12. Selalu berdoa agar anda diberi kefahaman yang baik dalam agama untuk menulis artikel-artikel dakwah demi mendaulahkan Islam.
13. Jaga kesihatan anda agar anda sentiasa dapat menulis artikel-artikel yang bermanfaat pada manusia.
14. Pastikan anda sentiasa istiqamah, walaupun hanya seorang sahaja yang mengunjungi blog anda setiap hari, ini kerana kita menulis adalah kerana Allah bukan kerana manusia.
15. Bersabarlah kalau tiada yang sudi mengunjungi, kerana Nafsu Itu Akan Menjadikan Raja Itu Hamba dan Sabar Itu Akan Menjadikan Hamba Itu Raja.Usaha, Doa, Tawakkal.
Gunakan semua tips yang diberikan, InysaAllah blog anda akan melonjak naik.
Read Post | comments

10 Petua Kesihatan Diri

Wednesday, 6 May 2009

BINTIK HITAM PADA WAJAH

Ambil sesudu makan beras yang telah direndam, tujuh helai daun melati muda, tujuh helai daun kemuning dan sedikit kunyit.Tumbukkan semua bahan itu sampai halus dan jadikannya sebagai masker muka.Setelah kering, basuhlah muka dengan air sejuk.Pakai masker ini setiap hari selama lebih kurang sebulan.Lakukannya sebelum mandi dan lihat hasinya.InysaAllah.

GIGI KEKUNINGAN

Kekuningan pada gigi adalah disebabkan nakotin.Untuk menghilagkan kesan tersebut, kupaslah dua biji pinang tua.Setelah itu, bakarlah kedua-dua pinang tadi.Bila ianya sejuk, tumbuk sehingga halus.Gunakan serbuk pinang tersebut untuk menggosok gigi anda setiap pagi.
Anda juga boleh cuba menghilangkan kesan tersebut dengan menggunakan pasir halus yang diambil dari anak-anak sungai di kaki bukit.
NAFAS BERBAU

Amatlah tidak selesa jika nafas anda berbau.Jadi ambillah sebiji ketumbar yang digoreng tanpa minyak setiap hari.Setiap hari cuma makan sebiji sahaja.

SAKIT KEPALA


Sakit kepala boleh dihilangkan dengan menggunakan daun kangkung.Rebuskan daun kangkung secukupnya sehingga mendidih.Angkat dan hancurkan daunnya sampai halus.Masukkan ke dalam garam dan saringkan.Minum segelas ari rebusan ini setiap hari.

BADAN BERBAU

Kencur boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan.Ambil tiga potong kencur dan campurkan dengan segengam daun betik dan segengam daun bluntas.Campurkan sedikit garam dan air limau nipis.Perahkan air itu dan saringkan.Ambil airnya dan minum segelas setiap pagi dan petang.

JERAWAT

Beras pulut dapat menghilangkan pana dan berkhasiat juga sebagai ubat jerawat.Goreng beras pulut tanpa minyak sehingga warnanya perang.Haluskan beras pulut tersebut dan campurkan dengan sedikit minyak masak.Sapukan pada muka yang berjerawat secara teratur sebelum tidur.

KELEMUMUR

Ada beberapa cara untuk menghilangkan kelemumur pada kulit kepala.
I. Bancuhka kunig telur dengan limau nipis.Usapkan campuran tadi ke atas kulit kepala dan tunggu sehingga kering.Setelah kering basuhlah kepala dengan air biasa.
II. Celupka asam jawa dengan minyak kelapa.Gosokkan di kulit kepala dan biarkan selama beberapa minit.Kemudian bersihkan kulit kepala sehingga bersih.
III. Gosokkan kulit kepala dengan limau nipis.Lakukan setiap malam sebelum tidur.Bersihkan kepala pada keesokan pagi.

PANAU

Tumbuk daun pandan sehingga halus.Ambil airnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum airnya setiap hari selama tiga hari.Sehari hanya sekali sahaja minum airnya.

Anda juga bolehnya cuba menggosokkan lengkuas genting pada muka yang berpanau.Lakukan secara tersatur sehingga hilang.Ianya agak pedih, namun yang pedih itulah ubat yang mujarab.

LIANG ROMA

Untuk mengecilkan liang roma pada wajah, sapukan dengan putih telur yang dicampurkan dengan air limau nipis.Seterusnya gunakan putih telur tersebut sebagai masker muka.Biarlah selama setengah jam, kemudiah basuhlah dengan air hangat.

DEMAM CAMPAK

Campak juga dikenali sebagai cacar air.untuk menyembuhkannya, parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak.Kemudian lumurkan pada badan pesakit.Disamping itu, minum air kelapa gading setiap hari.

*Segala petua ini hanya ikhtiar secara tradisional dari orang-orang tua.Walau apepun,hanya Allahlah yang mampu menyempuhkan segala penyakit.Iringilah doa setiap ikhtiar yang kita lakukan.InsyaAllah ada hasilnya.Janganlah kita mensyirikkan Allah dengan amalan yang bercanggah dari syariat Islam.

Read Post | comments

Statistik Huffaz Sesi 09/10 Darul Quran Mengikut Negeri

Tuesday, 5 May 2009

Read Post | comments

Lahirnya Generasi Huffaz 09/12

Monday, 4 May 2009

Jam 7.30 pagi, 2 Mei 2009 pintu pagar mula terbuka untuk menyambut ketibaan pelajar-pelajar baru diploma sesi 09/12 di bumi penulis sedang menuntut ilmu, Darul Quran.Dewan Muktamar yang sepi dari dipenuhi pelajar sejak bermulanya cuti tahunan pada awal Mac lalu dilimpahi dengan pelajar baru dan ibu bapa.Kehadiran pelajar baru seramai 121 muslimin dan 80 muslimat adalah pengganti kepada generasi abang-abang dan kakak-kakak sesi 06/09 yang telah tamat tahun akhir diploma pada awal Mac baru-baru ini.Inilah fitrah kehidupan, patah tumbuh silih berganti, yang baru hadir yang dahulu pergi.


Menyaksikan kehadiran adik-adik baru sebagai satu petanda, kini generasi kamilah(Diploma 07/10) sebagai abang dan kakak yang akan mencorak kehidupan adik-adik baru.Ianya juga sebagai sempadan permulaan untuk kami memecutkan lagi agenda perjuangan di bumi Darul Quran dan tidak lagi segan silu seperti ketika adanya generasi yang lepas bersama kami.Generasi ILHAM(Diploma 07/10) kini bagaikan jurupandu kepada adik-adik baru, andai tauladan baik yang di pamerkan, itulah jalan yang akan mereka lalui, dan kiranya buruk perwatakan yang ditonjolkan, mugkin itulah lorong yang mereka ikuti.Begitulah peranan kami sebagai cermin kepada adik-adik yang mula menghembuskan nafas barunya di Darul Quran.

Kehadiran mereka di sambut baik oleh petugas2 Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran yang bermula di pintu pagar sehingga ke bilik penginapan.Tahniah kepada yang bertungkus lumus membantu kemasukan adik-adik baru.Generasi huffaz 09/12 yang baru hadir di sahut pula dengan Minggu Haluan Siswa yang bermula sehari selepas hari pendaftaran dan akan berakhir pada hujung minggu ini.Namun itu bukan bermakna mereka sudah bebas dari dakapan tarbiyyah, kerana siri tarbiyyah dari Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz(PERKEMAT) akan bermula pada hari jumaat sebaik sahaja berakhirnya Minggu Haluan Siswa. Harapan penulis agar generasi huffaz 09/12 mampu menjadi generasi contoh tauladan kepada generasi yang akan datang sebagai generasi yang menghafal alquran dan melaksanakan perintahnya.Seterusnya menjadi daei’ yang akan turun ke kancah perjuangan yang realiti.Bukanlah genrasi Al-quran yang sebenar andai kita mengingati Al-quran dari kulit ke kulit, namun membisu sahaja bila melihat kezaliman yang berlaku pada Islam.
Read Post | comments

Album "Nadwah" Di Maahad Amir Indra Petra

Saturday, 2 May 2009

Read Post | comments

Lukisan Tarbiyyah Amir Indra Petra



Detik 23 april 2009 mungkin satu memori yang jarang di temui buat pimpinan badan dakwah Maahad Amir Indra Petra.Program Nadwah Kepimpinan Mithali yang bermotifkan menncorak syakhsiah dan kecermalangan akademik anjuran Alumni Badan Dakwah dan Kepimpinan Pelajar(Ex-BDLKP) yang disasarkan kepada pimpinan badan dakwah tingkatan 5 berlansung 3 hari hari 2 malam.Modul peperiksaan percubaan SPM dan peperiksaan sebenar SPM dan bebrapa pengisian telah melakar sejarah sebagai bentuk pelaksanaan yang baru bagi menyuntik semangat belajar yang tinggi dan menyedarkan kepentingan akademik di kalangan pimpinan badan dakwah.Program ini
berjalan lancar dengan tenaga kerja 4 orang koordinator muslimin termasuk penulis yang memainkan posisi sebagai programmer dan 15 orang muslimat.

Pengisian yang berbentuk tegas dari sudut arahan tapi lembut dari sudut tugasan telah menjadikan peserta memanfaatkan setiap masa terluang dengan membaca buku-buku akademik.Semangnya pimpinan pelajar akan dipandang guru dan pelajar lain dari sudut akademik, bagaimana ia mampu seimbangkan pelajaran dengan persatuan.Program seperti ini wajar di teruskan untuk pewaris generasi akan datang kerana mempunyai kepentingan yang cukup besar.Hari ini ramai yang menjauhkan diri dari usrah dan program-program dakwah, kerana mereka menyaksikan majoriti pelajar yang sibuk berpersatuan akan tersungkur dalam bidang akademik.Dari itu, kiranya pimpinan pelajar yang sibuk dengan persatuan mampu mencerminkan dirinya cemerlang di bilik darjah ataupun di bilik kuliah, maka berebut-rebutlah pelajar untuk hadir ke usrah, program-program dakwah dan melibatkan diri dengan persatuan.Inilah titik tolak mengapa program ini di anjurakan kepada para pimpinan.Program ini dihadiri 33 orang peserta di kalangan pimpinan badan dakwah yang akan menduduki SPM pada tahun ini.Kehadiran mereka ke akhir program semoga mampu memberikan kesedaran yang tinggi selepas program terutama di sudut akademik dan syakhsiah sekaligus merancakkan lagi usaha untuk mereka semakin gigih mengulangkaji pelajaran.

Era globalisasi hari ini menghamparkan cabaran kepada kita untuk berhadapan dengan golongan intelektual dan professional.Di musim Al-quran diturunkan, kehidupan masyarakat jahiliah sarat dengan para penyair, syair pada masa itu menjadi pujaan masyarakat, lalu turunlah Al-quran kepada Rasulullah S.A.W yang tiada bahasa seindahnya, lalu bersinarlah islam dengan terpancarnya dakwah yang berakarkan Al-quran, yang mengalahkan syair-syair terkemuka.Maka pada zaman ini, para daei berhadapan dengan kecanggihan teknologi moden yang telah menawan hati manusia.Dari itu haruslah kepada para daei untuk menyahut cabaran ini dengan menjadikan aqidah perjuangan sebagai tubuh badannya, dan ilmu2 dunia seperti kepakaran dalam sudut ICT sebagai pakaiannya.Moga dengan itu, bersinarlah cahaya dakwah yang dibawa.Itulah juga harapan pada masa hadapan yang ingin di lihat terhadap peserta program Nadwah Kepimpinan Mithali khasnya.beruntunglah mereka yang sabar menerima tarbiyyah untuk dirinya, dan rugilah mereka yang bencikan tarbiyyah menerpanya.KLIK DISINI untuk melihat koleksi gambar Nadwah Kepimpinan Mithali.

Read Post | comments
 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all