Monday, 15 November 2010

Selamat Datang Ke Rumah Saya


Laman www.abdullahmahdi.com kini bersuara di dunia maya.Laman kompilasi pelbagai ilmu ini insyaAllah cuba berkongsi sebaik-baiknya apa yang ada, sekadar bingkisan akal si anak muda."Jadilah Insan Berilmu" adalah moto yang dibawa, kerana berhartakan ilmu adalah sesuatu yang amat menyeronokkan, ilmu itu tidak tertakluk pada ilmu agama sahaja, tetapi juga ilmu-ilmu dunia.

Pepatah berbunyi "Tanam Padi Lalang Akan Tumbuh, Tanam Lalang Padi Takkan Tumbuh' membawa maksud seseorang yang mencari akhirat, dunia akan datang bersama, tapi seseorang yang mencari dunia, akhirat takkan sesekali hadir bersama.Segala puji bagi Allah , selawat dan salam ke atasnya, walaupun saya berayahkan seorang pengayuh beca, beribukan seorang pengayam tikar, tidak pernah tahu tentang komputer melainkan ketika tingkatan lima, secebis ilmu dunia Allah kurniakan sehingga mampu menyiapkan laman ini berasaskan Content Managment Service(CMS) Joomla, dan menggunakn template terbaru Oktober 2010.

Tidak pernah belajar dari sesiapa, tidak pernah bermimpi tentangnya, namun mengembara dan terus mengembara ke alam PHP Hypertext Preprocessor(Bahasa Pengaturcaraan Web) berakhir dengan sebuah kejayaan walaupun kadangkala tersesat jalan dan menserabutkan fikiran.Dari sekolah rendah berpindah ke Maahad Amir Indra Petra, terus melangkah Baca Selanjutnya Disini..

*Makluman Buat Semua, Laman Ini Telah Berpindah Ke Alamat Baru WWW.ABDULLAHMAHDI.COM
Share on :

0 comments:

Post a comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all