Tuesday 14 October 2008

Remaja! Jangan Tersungkur Di Pintu Maksiat

Semakin hari semakin bertambah mereka yang bergelar remaja, kelahiran-kelahiran remaja generasi baru bagaikan suis automatik untuk membuka litar maksiat.Hanya segelintir kecil sahaja remaja yang celik hatinya dari kegelapan.Bila mendengar kisah-kisah remaja, kita termenung dan terus bermenung, tapi apakah yang kita laksanakan?senario remaja yang berlumba mencari ilmu sudah bertukar arah, kini remaja sibuk mencari jalan keseronokan hidup sahaja.Senario remaja kini, hidup disisi orang tua disisih kerana bagi mereka "Kau orang tak matang lagi, mana boleh ikut kita orang", sedih tak terkata.... lalu remaja berjinak pula dengan kanak-kanak, malangnya disindir pula "Dah besar pun nak main dengan kita orang lagi"... diam seribu bahasa...Akhirnya remaja bersama dengan remaja, ketawa dan terus ketawa, tiada petunjuk tiada tujuan, rosak mereka dengan keseorangan.Gejala sosial, remajalah yang paling cemerlang. Pesananku, janganlah menghampiri pintu-pintu maksiat kerana bimbang kita tersungkur ke dalamnya.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all