Thursday 28 January 2010

Hukum Minum Susu

Apakah hukum suami minum susu isteri dan adakah terpasakh nikah?
Jawapannya :
Susu merupakan sesuatu yang halal dan suci.Maka halal & harus keatas suami meminum susu isterinya.
Tidak terpasakh nikah kerana yang terpasakh perkahwinan ialah apabila ia menyusu ketika umur tidak melebihi dua tahun dan lima kali kenyang.Seandainya ia berumur tidak melebihi dua tahun, mana mungkin ia boleh menjadi seorang suami.Dan mustahil pula suami meminum susu isterinya sehingga kenyang perutnya.Kerana kenyang dengan minum susu itu hanya adalah pada kadar seorang bayi.Namun menurut pendapat mazhab Ibn Daud Dzahiri terpasakh nikah kerana yang menyusu itu tidak tertakluk pada umur.Menurut mazhab Shafei adalah halal dan harus & tidak terpasakh nikahnya.

Sekiranya seorang suami itu bisu, maka bagaimanakah dia ingin menceraikannya suaminya?
Jawapannya : Sebelum dinyatakan jawapannya, disoal telebih dahulu bagaimanakan suami yang bisu itu menerima isterinya ketika aqad kahwin dahulu?Ada kejadian yang mana suami bisu setelah berkahwin yang di sebabkan dengan asbab tertentu, maka kaedah menceraikan isterinya adalah dengan bahasa isyarat kerana bahasa orang bisu itu adalah bahasa isyarat.

Seorang isteri mengajar suaminya lafaz cerai, dengan katanya lafaz ‘aku cerai,aku cerai, aku cerai” lalu lafaz itu diikuti suaminya.Adakah sah lafaz tadi?
Jawapannya : Sekiranya suami tersebut jahil, dan lafaz itu tidak diqasadkan kepada isterinya tetapi hanya mengikuti kata-kata isterinya dengan tujuan belajar, maka tidak sah lafaz tersebut.Jadi dalam soal ini perlu ditanya pada suami tersebut apakah qasadnya, mengikuti kaedah “soohibul bait adlo bimaa fiih” Tuan Rumah Lebih Mengetahui Apa Yang Ada Didalam Rumahnya.

Cukuplah sekadar ini untuk kali ini, seandainya pembaca mempunyai kemusykilan ataupun kurang jelas bolehlah merujuk guru-guru yang lebih ‘arif lagi wara’ kerana hukum tidak boleh diputuskan melalui tanggapan atau akal semata-mata.

Hanya Allah Jua Yang Mengetahui.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all