Monday 4 May 2009

Lahirnya Generasi Huffaz 09/12

Jam 7.30 pagi, 2 Mei 2009 pintu pagar mula terbuka untuk menyambut ketibaan pelajar-pelajar baru diploma sesi 09/12 di bumi penulis sedang menuntut ilmu, Darul Quran.Dewan Muktamar yang sepi dari dipenuhi pelajar sejak bermulanya cuti tahunan pada awal Mac lalu dilimpahi dengan pelajar baru dan ibu bapa.Kehadiran pelajar baru seramai 121 muslimin dan 80 muslimat adalah pengganti kepada generasi abang-abang dan kakak-kakak sesi 06/09 yang telah tamat tahun akhir diploma pada awal Mac baru-baru ini.Inilah fitrah kehidupan, patah tumbuh silih berganti, yang baru hadir yang dahulu pergi.


Menyaksikan kehadiran adik-adik baru sebagai satu petanda, kini generasi kamilah(Diploma 07/10) sebagai abang dan kakak yang akan mencorak kehidupan adik-adik baru.Ianya juga sebagai sempadan permulaan untuk kami memecutkan lagi agenda perjuangan di bumi Darul Quran dan tidak lagi segan silu seperti ketika adanya generasi yang lepas bersama kami.Generasi ILHAM(Diploma 07/10) kini bagaikan jurupandu kepada adik-adik baru, andai tauladan baik yang di pamerkan, itulah jalan yang akan mereka lalui, dan kiranya buruk perwatakan yang ditonjolkan, mugkin itulah lorong yang mereka ikuti.Begitulah peranan kami sebagai cermin kepada adik-adik yang mula menghembuskan nafas barunya di Darul Quran.

Kehadiran mereka di sambut baik oleh petugas2 Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran yang bermula di pintu pagar sehingga ke bilik penginapan.Tahniah kepada yang bertungkus lumus membantu kemasukan adik-adik baru.Generasi huffaz 09/12 yang baru hadir di sahut pula dengan Minggu Haluan Siswa yang bermula sehari selepas hari pendaftaran dan akan berakhir pada hujung minggu ini.Namun itu bukan bermakna mereka sudah bebas dari dakapan tarbiyyah, kerana siri tarbiyyah dari Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz(PERKEMAT) akan bermula pada hari jumaat sebaik sahaja berakhirnya Minggu Haluan Siswa. Harapan penulis agar generasi huffaz 09/12 mampu menjadi generasi contoh tauladan kepada generasi yang akan datang sebagai generasi yang menghafal alquran dan melaksanakan perintahnya.Seterusnya menjadi daei’ yang akan turun ke kancah perjuangan yang realiti.Bukanlah genrasi Al-quran yang sebenar andai kita mengingati Al-quran dari kulit ke kulit, namun membisu sahaja bila melihat kezaliman yang berlaku pada Islam.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all