Thursday 17 December 2009

Masalah Mandi Wajib

1. Apakah berdosa seorang wanita memasukkan zakar lelaki yang telah meninggal dunia kedalam kemaluannya?dan adakah wanita tersebut wajib mandi?
Jawapannya : Tiada hukum atas perbuatannya dan hukuman itu diserahkan pada Allah S.W.T.Wanita itu wajib mandi wajib.

2. Sekiranya sepasang suami isteri mendapati adanya mani di atas katil tempat tidur dia dan isterinya, tetapi tidak mengetahui milik suami atau milik isteri mani tersebut, maka adakah pasangan itu wajib mandi ataupun tidak?
Jawapannya : Tidak wajib mandi keatas kedua-dua pasangan, namun disunatkan mandi keduanya.Tetapi sekiranya si suami tidak mandi, maka si isteri tidak sah solat berimamkan suaminya sehingga suaminya mandi wajib.

3. Adakah wajib mandi seorang lelaki yang merogol binatang sekalipun tidak keluar mani?
Jawapannya :

Wajib mandi seorang laki-laki yang merogol binatang sama ada keluar mani ataupun tidak.

4. Apakah wajib mandi seorang lelaki yang diliwat dan lelaki yang meliwatnya sekalipun tidak keluar mani?
Jawapannya : Wajib yang meliwat dan diliwat mandi sama ada keluar mani ataupun tidak.

5. Jikalau terpotong zakar seorang laki-laki, lalu dimasukkan kedalam kemaluan wanita yang bukan bahagian Hasypah(kepala zakar) pada kadar Hasypahnya, adakah lelaki itu wajib mandi?
Jawapannya : Tidak wajib mandi melainkan dimasukkan bahagian Hasypahnya yang ada hasypah.

6. Jika seorang wanita memasukkan mani ke dalam farajnya untuk menghilangkan syahwatnya, lalu keluar mani daripada farajnya,adakah wajib wanita itu mandi kerana tidak diketahui mani itu adalah mani yang dimasukkah olehnya atau maninya yang keluar dengan sebab hilang syahwatnya?
Jawapannya : Wajib keatas wanita itu mandi kerana pada kebiasaannya yang keluar daripada farajnya adalah maninya.

Cukuplah sekadar ini untuk kali ini, seandainya pembaca mempunyai kemusykilan ataupun kurang jelas bolehlah merujuk guru-guru yang lebih ‘arif lagi wara’ kerana hukum tidak boleh diputuskan melalui tanggapan atau akal semata-mata.
Hasil perkongsian daripada Kitab Furu’ Al-masail (cabang-cangan masalah) karangan Syeikh Daud ‘Abbdullah Al-fatoni.
Hanya Allah Jua Yang Mengetahui.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all