Thursday 16 October 2008

Air Mata Di Lorong Perjuangan

Perjuangan bukanlah satu jalan yang mudah seperti mudahnya meniti satu jambatan, tetapi jalan yang sukar seperti berakit di tengah lautan.Ingin mencapai impian semanis madu perlu meredah kepayahan sepahit hempedu.Ramai orang yang tersungkur di tengah perjuangan dan rugilah mereka, apakah kita tidak yakin dengan janji Allah?Firmannya bermaksud :

"Sesungguhnya Allah telah membeli diri orang-orang mu'min, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... .."
-Surah At-Taubah: ayat 111

Andai benar kita dahagakan cinta Allah, pasti kita bangkit kembali dalam arus perjuangan walaupun perit tidak terkata, untuk bahawa kita adalah pahlawan Islam.Biar syahid di medan juang, jangan hina di sisi tuhan.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all