Sunday 16 November 2008

Disaat Ukhwah Mula Berbuah

Alhamdulillah..Ukhwah yang disemai sekian lama telah berbuah..sungguh rindu hati ini mengingatkan adik-adik usrahku yang jauh dimata..ingin ana kongsikan betapa manisnya ukhwah yang ana kecapi, suatu malam ketika ana berada di Kelantan dan esoknya ingin kembali ke DQ untuk meneruskan perjuangan di sana, 3 orang adik2 usrah ana datang melawat ana di rumah sebelum berangkat pada esok pagi..itu mungkin perkara biasa bagi ana, namun yang luar biasanya aabila mereka hadir bersama keluarga mereka.Cukup terharu hati ini mengingatkan malam itu, bersembang dengan keluarga adik2 usrah.Terasa bahawa itulah tanda bahawa usrah yang sekian lama menyemai benih ukhwah, kini telahpun berbuah.. Buat teman-teman sekalian, tabahlah dalam meneruskan perjuangan, sabar dalam menghadapi ujian, kerana sabar itu pahit awalnya dan manis hujungnya. Andai kita benar-benar berkorban dalam melaksanakan usrah, pasti kemanisan ukhwah kita kecapi.Serangkap pantun buat adik-adik usrahku :

Tanam Pegaga Di Tepi Pandan,
Batang Serai Di Tumis-tumiskan,
Selagi Nyawa Di Kandung Badan,
Ukhwah Fillah Terus Berkekalan.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all