Monday 15 December 2008

Ukhwah, Resepi Dalam Perjuangan

Teman..
Hari2 yang yang berlalu adalah satu memori..
Kenangan antara kita bagaikan sebuah tragedi,
Pahit dan manis adalah satu resepi..
Aku tidak sangka kita melangkah sebegini..
Namun ku tahu ia adalah kehendak ilahi..

Teman,
Sepanjang aku riang disisimu,
Aku ketawa ditemani senyuman,
Namun bila kita telah berjauhan,
Air mata mula bertandang,
Menemani memori yang terpahat di hati,
Kadang2 aku menangis
Memikirkan ukhwah kita suatu masa nanti,
Aku tak pasti bila ajal memanggilku,
Aku tak tahu,
Adakah hari yang akan datang aku masih dapat bersamamu,
Aku tak pasti kenapa aku ketawa disaat hati ingin menangis,
Mungkin kerana wajahmu dihadapanku,
Sebagai teman..penawar luka dikala terseksa..

Aku tahu,
Hari2 mendatang kita semakin sukar bersama,
Tapi kita perlu fahami..
Perjuangan ini bukan sesekali kerana sesiapa,
Tidak sesekali teman, tidak sesekali..
Aku hanya memperjuangkan ukhwah yang telah kita bina,
Aku tidak ingin melihat ianya retak..Tidak dik..
Aku tak sanggup..aku tak sanggup..
Andai benar kita merempuh lorong perjuangan,
Kita akan melalui satu jalan yang pahit,
Penuh onak dan duri yang akan menyakiti hati2 kita,
Penuh cacian yang tentu menggigit hati kita,
Dan itu satu sejarah,
Ketika kita pernah bersama,..

Teman,
Aku tidak lagi akan selalu bersamamu seperti dahulu,
Tapi aku yakin,
Aku tidak akan sesekali meninggalkan dirimu,
Aku yakin dikau akan melangkah lebih laju dariku,
Namun aku juga merintih,
Aku juga menangis,
Aku juga berduka,
Tatkala ku melihat,
Kenapa kita tidak mampu berkerjasama,
Tatkala kita mempunyai perselisihan hati,
Kenapa kita terlelu ego teman?kenapa?
Kenapa kita terlalu sombong?
Sedang kita dari yang hina..

Kadang –kadang..
Kita terasa lebihnya kita..
Bila kita berada tinggi dari orang lain,
Kita tak rasa pada ketika itu,
Kita melihat orang lain lebih rendah,
Walau kita lafazkan, kita semua adalah sama..

Kita hati yang gembira,
Tidak merasai pedihnya hati yang duka.
Namun itu resepi dalam perjuangan..
Ia hadir dan pergi..
Mengukir memori di hati..

Temanku yang dikasihi,
Andai ego dan sombong tidak mampu kitarempuhi,
Nescaya robohlah mahligai ukhwah ini,
Aku tidak sesekali ingin melihat ia berlaku,,
Sabarlah dalam merempuh dugaan perjuangan,
Kerana sabar itu pahit awalnya, manis penghujungnya..
Kini,
Aku hanya mampu melontarkan secebis kata buatmu,
Tidak termampu untuk bibirku tersenyum di hadapan wajahmu,
Kerana jarak memisahkan kita,

Dan ingatlah,
Ku pinjam kata azimat imam sayyid qutb rahmatullah alaih,
Kata2 kita hanyalah patung yang tidak bernyawa,
Maka apabila kita telah mati kerananya,
Maka pada ketika itu ia akan mula hidup..

Janganlah ego membawa diri,
Jangan sombong bila berjalan.
Rosaklah ukhwah binasalah diri,
Bila kita hidup keseorangan.

Biar mati dalam perjuangan,
Biar tabah dilanda ujian,
Biar hilang teman yang disayang.
Jangan hilang teman seperjuangan.

Salam ukhwah dariku,
Andai diizinkan ilahi, kita bertemu di hari yang akan datang,
Andai tidak kita bertemu dihari yang akan datang,
Kita bertemu di hayat yang akan datang,
Moga pertemuan itu di pintu syurga.

Dari Teman Buat Teman: Abdul Hadi Jusoh
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all