Wednesday 7 January 2009

Lambaian Buat Iman Yang Lesu

Usah Berkata Apa Yang Dikau Tidak Laksanakan
Tapi Laksanakan Apa Yang Dikau Fikirkan

Usah Tangisi Maksiat Yang Dikau Sejarahkan
Tapi Noktahkan Ia Sebagai Bukti Dikau Pejuang

Usah Pertikaikan Apa Yang Orang Laksanakan
Tapi Fikirkan Apa Yang Dikau Perlu Lakukan

Usah Gegarkan Ucapanmu Di Dewan Perbahasan
Tapi Hikmahkan Kalammu Dengan Ilmu Pengetahuan

Usah Biarkan Masa Terus Berlalu
Tapi Bertindak Apa Yang Difikirkan Perlu

Masa Tidak Sedetik Pun Menunggumu
Tapi Amanah Tidak Sepi Dari Mengejarmu

Usah Berkata Engkau Tidak Pernah Rehat
Kerana Hasil Kerja Mu Bukanlah Hebat

Dikau Selalu Terasa Dirimu Hina
Tapi Mengapa Diri Temanmu Tidak Engkau Bangga

Perubahan Selalu Engkau Fikirkan
Tapi Bilakah Masanya?Manakah Hasilnya?
CUBA ENGKAU FIKIRKAN…..
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all