Friday 16 January 2009

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Dengan izin ALLAH, lebih kurang 10 malam 12 jam 09, ana di taklifkan sebagai Ketua Unit Usrah dan Pengisian dalam Lajnah Dakwah dan Tarbiyah di bawah naungan Perkemat DQ, dan pemilihan itu di buat di masjid Darul Quran…Setelah selesai pemilihan,ana mengayuh basikal pulang ke asrama, saat itu ana memikirkan cukup2 tidak layak dan tidak mampu untuk memegang amanah seberat ini, walaupun punyai setitis pengalaman sebagai sebagai naqib. Malam tu sebelum balik ke asrama, ana pergi cafĂ© bersama sahabat ana nasir, kami beli 5 bungkus nasi untuk kami dan 3 orang sahabat lain, maklumlah sehari tak makan kerana sibuk dengan kerja2 yang belum di siapkan, masa kayuh basikal tu, ana dan nasir , mengira hutang harga setiap bungkus nasi yang di beli td, tp kiraan yang begitu mudah pun ana tidak sampai kira, hingga ana menjerit seolah-olah histeria, kerana yang ada dalam akal ana pada masa itu hanyalah Usrah.satu tanggungjawab dan amanah yang mesti dipikul, dahla muqarrar masih di belakang.bayangkan pada masa tu pulak ada tiga orang banat yang ada kat depan kami tapi ana tak nampak banat bertiga tu,malu banar rasanya..diorang pun pandang semcam je, tengok malam-malam orang menjeit atas basikal..apa nak buat, terima jelah..malam tu sebelum ana temukan pipi dengan bantal, ana asyik memikirkan pasal Usrah sehingga tertidur..itulah antara malam paling awal ana tidur,dalam kul 11.30 sebab biasa jam 2pg baru tidur.Tapi tak cukup dengan amanah yang sudah ditaklifkan, esoknya pula ana di taklifkan sebagai ketua biro penerbitan dan informasi semester 4.ILHAM.Ya Allah. tak tahu macam mana nak kata, kalu akademik kehadapan tu ok lah jugak..Apepun ana terima bahawa ini adalah ujian dari Allah..Sedang rakyat dipalestin lebih teruk di uji berbanding ana yang sekecil ini.Prinsip ana, Jalan Terbaik Menghadapi Kesulitan Adalah Merempuhnya, dengan itu ana terima amanah dengan seadanya dan insyaAllah cuba pikul tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.Ana pohon dari teman-teman sekalian agar sentiasa memberikan komen-komen dan pandangan yang membina buat diri yang kerdil ini.Moga dengan adanya teman-teman yang sentiasa membantu dan memberikan semangat kepada ana, ana mampu berdiri dengan lebih tabah.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all