Wednesday 18 February 2009

Guru, Jasamu Dikenang

Jumaat 6 Februari
Selepas habis tasmi’, seperti kebiasaan guru tasmi ana ust baharudin akan menyampaikan secebis nasihat dan untuk anak didiknya..ust bahar berpesan kepada ana dan rakan-rakan dengan nasihat yang memberi kekuatan kepada ana agar terus gigih mengulang al-quran.dan hari itu guru ana menyatakan dia mungkian diarahkan bertukar ke tempat kerja pada bila-bila masa sahaja dan sedang menuggu surat arahan.Ana sangka tarikh itu masih lambat kerana sebelum ini ust baharudin pernah bagitahu, tapi surat arahan tersebut tak sampai-sampai juga.
Selasa 10 februari
Pada malam tersebut saya dapat mesej dari ketua kelas yang memaklumkan pada besok pagi Ust Bahar akan buat satu kelas khas kerana dia mendapat arahan ditukarkan ke JAWI.Sebelum ini, semasa Semester 3 lagi Ust Bahar pernah bagitahu bahawa dia akan ditukarkan kerja ke tempat lain, namun hari demi hari surat arahan tak juga sampai, saya sangka arahan itu dah dibatalkan atau kalau bertukar pun lambat lagi, mungkin bila ana dah habis Semsester 6.Tapi kali ini sungguh ana tak sangkakan hanya 3 hari selepas Ust Bahar menyatakan dia mungkin akan ditukarkan ke tempat lain, khabar itu menjadi kenyataan.

Jumaat 13 Februari
Secangkir kasih selaut sayang buat guru yang banyak mendidik ana, dalam rutin harian ana yang dihimpit kesibukan sehingga kadang-kadang tak hantar muqarar, tertidur dalam kelas, tapi guru tidak pernah merungut, bahkan nasihatnya menjadi pembakar semangat untuk ana lebih kuat dalam menghafal quran dan istiqamah dalam menunaikan amanah yang ditaklifkan.Pada pagi ini(Jumaat, 12 Februari) Ust Baharudin seorang guru yang ana kasihi sekali lagi memanggil semua anak didiknya untuk makan bersama.Kalau sebelum i ni acap kali guru ana belanja makan kami dalam kelas, tapi mungkin hari ini adalah hari terakhir untuk seorang pelajar mencoret kemesraan bersama seorang guru, kami makan bersama, sembang, dan bergambar bersama.Walaupun begitu, ana bersama rakan sekelas, terutamanya sahabat karib ana Taufiq masih lagi dahagakan nasihat Ust Bahar.Teringat juga semasa Ust Bahar dan semua rakan sekelas ana buat rehlah kat Gua Tempurung, Perak, ana dan Taufik tidak dapat hadir dek bertembung dengan program Interfame Diploma, saat ini terasa kerugian kerana tidak disangka rehlah itu penghujung kenangan bersama guru tersayang. Seribu kerugian kerana tidak dapat menghabiskan muqarrar yang masih berbaki sembilan juzu’ bersama Ust Bahar.Doa ana moga dengan berkat restumu guru buat ana dan rakan sekelas akan menjadikan kami insan yang cemerlang sebangai seorang huffaz.Patah tumbh silih berganti, bertemu dan berpisah bersama guru amat disedihi.Moga hadirnya pengganti selepas ini adalah sepertimu jua.Terima kasih guru..jasamu dikenang..
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all