Saturday 28 February 2009

Keajaiban Maulidurrasul

TERBIT NUR

Pada hari isnin, detik-detik menghampiri subuh, tanggal 12 rabiulawal, 50 hari selepas kekalahan tentera bergajah Abrahah, bersamaan 29 Ogos 580 lahirlah seorang bayi di perkampungan Bani Hasyim.Rumah kelahiran tersebut kini terbina di atasnya Perpustakaan Makkah Mukarramah selepas beberapa kronologi berlaku.Betapa istimewanya bayi ini seawaktu ia dilahirkan terpancar Nur yang memancar menerangi Syam dan Parsi, Jibril a.s memotong tali pusatnya, kemaluannya sudah dikhatankan, jari telunjukknya mengangkat ke langit seolah-olah mengagungkan Allah S.W.T.Beberapa keajaiban lain sewaktu bayi yang digelar Muhammad ini dilahirkan ialah ;

SINGGAHSANA KISRA RUNTUH
Sinar daripada nur yang yang memancar mengiringi kelahiran Rasulullah S.A.W bukan sahaja menerangi buana Syam dan Parsi malah merebahkan singgahsana indah yang dibina maharaja Anu Syarwan buat perhimpunan para pembesar yang didukung 14 tiang besar sehingga menyembah bumi.

API SEMBAHAN FARSI PADAM
Kekuatan sinar nur Muhammad S.A.W juga telah menghembuskan nyalaan api yang dijadikan sembahan orang-orang Parsi, walhal nyalaan itu tidak pernah malap apatah lagi untuk padam.

TASIK SAWAH KERING WADI SAMAWAH BERAIR
Tasik Sawah yang terletak diantara Hamazan dan Qum, iatu suatu kawasan dibumi ajam atau bukan Arab telang kering disebabkan sumber air bahagian hulunya telah terputus.Pada masa yang sama Wadi Samawah yang sebelumnya kering dan gersang yang tidak mampu memberi seteguk minuman sekalipun kepada penduduk disitu telah didatangi mata air sehingga melimpah airnya ke padang pasir.

TERBIT BINTANG MUHAMMAD S.A.W
Pada malam kelahiran Rasulullah terbitnya bintang merah yang terbit di suatu sudut langi menandakan telah lahirnya seorang nabi dan tiada lagi selepasnya.Ibn Hisyam meriwayatkan ;
“Hassan bin Thabit berkata ; demi Allah, sesunggunya ketika aku berumur antara 7 atau 8 tahun, aku mengingati apa yang aku dengar, ketika aku mendengar seorang pendita Yahudi melaungkan suaranya di suatu tempat yang tinggi di Yathrib(Madinah); wahai semua Yahudi! Sehingga berhimpunlah merekan dan berkata; apakah gerangan ini!Pendita Yahudi berkata; telah muncul semalam bintang Ahmad menandakan ia telah di lahirkan”.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all