Friday 6 March 2009

Gerimis Ukhwah Sepanjang Usia

Teman

Kita bersatu kerana perjuangan
berpisah juga kerana perjuangan
namun perpisahan bukanlah yang kita impikan
mustahil pula kita idamkan

Namun
ada saatnya hati kita menjadi retak,
kerana hati tabiatnya begitu
adakalanya retak adakalanya bersatu
Kita tak inginkan kepahitan
tapi malangnya kemanisan pula tak inginkn kita

Teman
walau hati pernah berduka lara
kerana ditusuk sembilu bisa
oleh teman sehati sejiwa
di kala waktu yang tidak di sangka
Namun
itulahh ujian buat kita
seteguh manakah ukhwah yg kita bina
siapa yang pasrah atau siapa yang kecewa
setabah manakah pengorbanan kita
kerana ianya kehendak yg esa

Teman,
Memori ukhwah jangan d lupakan
jangan sesekali mengukir perselihan
kerana semua itu tiada pendapatan
walau puas hati merasakan
walau kita menggapai kemenangan
kerana kepuasan hanyalah seketika
ia hadir dan pergi begitu sahaja
menuggu masa menjadi noktahnya
tapi akhirnya kita yg kecewa

Teman..
Tawa kita sudahpun berlalu
tangisan juga sudah membisu
di usia ini kenangan kembali bertandang
mengenang memori di sepanjang persahabatan
gurau senda yang kita rindukn
janji setia yang kita lafazkan
kini ia pergi ke taman kenangan
untuk mengisi diari perjuangan
Kadangkala kita gembira
adakalanya kita kecewa
tawa dan tangis tidak sesekali akan berpisah
tapi kita yg perlu tabah
adat tanah di pijak orang
adat hati di hiris kawan
adat pejuangan di himpit ujian
adat kehidupan perlukan kesabaran

Teman
kudoakn luka kita hanya keseoragan
tidak diukir buat generasi akan datang
jadilah kita pengubah sejarah
bukan sekadar menjadi pengarah
dalam membina mahligai ukhwah
agar lahir generasi bertuah
bersama kita merenung kembali
zaman silam yang kita isi
buat petunjuk di kemudian hari
menjadi catitan dalam diari..

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all