Sunday 8 March 2009

Mafatihul Mahabbah Pengikat Kasih

Berakhirnya Minggu Haluan Siswa pastinya mengukir senyuman manis pelajar baru diploma 09/12 darul quran. Disaat mereka hampir mengakhiri Minggu Haluan Siswa, Mafatihul Mahabbah yang merupakan siri pertama dalam tarbiyyah Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran(PERKEMAT DQ) telahpun menuggu mereka.Program Mafatihul Mahabbah bermula selepas jumaat tadi yang bertempat di Genting Sempah.Generasi huffaz 09/12 yang bergerak kesana dengan menggunakan 6 buah bas termasuk urussetia dan fasilitator.Siri tarbiyyah ini dipandu oleh oleh 23 orang usrusetia dikalangan MT dan Exco PERKEMAT DQ.

Program ini dihadiri oleh 119 orang peserta daripada 121 yang mendaftarkan diri di Darul Quran, dan peserta muslimat adalah semua yang telah mendafatarkan diri di bumi Darul Quran iaitu 83 orang.Program Minggu Haluan Sisiwa mungkin sudah mengikat ukhwah pelajar diploma 09/12, namun Mafatihul Mahabbah pastinya mengukuhkan ikatan ukhwah sesama mereka dan memahamkan mereka pahit manis kehidupan sebagai seorang huffaz yang akan mereka lalui di Bumi Darul Quran apabila berakhirnya program ini.
Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all