Wednesday 11 March 2009

Misi Tarbiyyah Terus Diperjuang

Fenomena Qiamullai Perdana yang sebelum ini hanya diikuti segelintir pelajar sahaja di DQ kini di bangkitkan lagi keiizzahannya dengan bermulanya agenda Usrah Nuqaba pada hari ini.Usrah Nuqaba diadakan pada setiap malam jumaat bermula jam 11.30 malam.Aktiviti ini diikuti oleh semua naqib semester tiga samaada persijilan ataupun diploma.Alhamdulillah, kali pertama Usrah Nuqaba dilaksanakan sebanyak 90% nuqaba menghadirkan diri dan yang selebihnya tidak hari disebabkan sebab-sebab yang btak dapat didelakkan.Para nuqaba yang mengikuti diwajibkan memakai jubah putih.

Inilah adalah agenda pertama dalam mencapai misi agar majoriti pelajar DQ dapat sama-sama mengimarahkan masjid bumi barakah Darul Quran dengan majlis Qiamullail.Agenda usrah Nuqaba ini bukan hanya di kalangan Naqib sahaja, malah kepada Naqibah juga dilaksanakan.Para naqibah mengadakan usrah nuqaba di bilik PERKEMAT DQ dan mereka akan tidur disana menunggu bisikan munajat daripada para Hafiz/Naqib dan seterusnya mereka akan menuju ke masjid DQ di waktu pagi untuk mengikuti Qiamullail yang dianjurkan.


Agenda ini akan diperhebatkan lagi dengan bertambahnya para huffaz yang dahagakan cinta Tuhannya apabila para nuqaba semsester lima akan turut serta tidak lama lagi.Usaha PERKEMAT DQ untuk melihat seluruh pelajar Darul Quran mampu mengamalkan bi'ah solehah dengan sempurna tidak akan terkapar mati sehinggalah kepimpinan bertukar generasi.Semoga hasrat tarbiyyah pada kali ini untuk melahirkan PEMIMPIN BERTAKWA PEWARIS PERJUANGAN dapat dicapai.
Share on :

1 comments:

Seti@wan Dirgant@Ra said...

Nice artikel,... salam kenal.

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all