Wednesday 1 July 2009

Berdoa Kali Kedua

Sebaik sahaja selesai solat, kita melihat Imam berdoa, habisnya doa tersebut diselitkan dengan Al-fatihah dan dibaca pula doa kedua.Namun amalan ini sudah ditinggalkan oleh orang islam pada hari ini disebabkan pelbagai alasan yang diberikan.Bahkan ada yang selepas bersolat terus bangkit meluru menyiapkan kerja dunia.Persolan yang penulis ingin lontarkan ialah adakah doa kali yang kedua itu pernah dilakukan Rasulullah S.A.W?atau adakah ia terdapat didalam Al-quran mahupun Hadis?
Sebenarnya, tiada dalil naqli memerintahkan kita agar berdoa dua kali, tetapi cerdik pandai ulama silam mengambil pengajaran dari hadis Nabi S.A.W :
Yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyukai hamba yang sering meminta-minta ketika berdoa”, maka berdasarkan dalil inilah ulama-ulama dahulu membaca doa kali kedua selepas doa kali pertama yang diselitkan dulu dengan ummul kitab.Suatu analogi yang ingin penulis nyatakan, seorang ayah yang tidak ingin memberikan wang belanja yang diminta oleh anaknya tentu akan memberikannya seandainya si anak itu meminta dengan berulang kali, samaada pemberian ayahnya itu kerana kasihan kepada anaknya atau kerana sudah bosan mendengar rayuan anaknya yang memekak ditelinganya.Begitulah jua Pencipta yang esa, andai kita berulang memintanya, Dia pasti tidak akan mengecewakan kita.Maka sewajarnya kita mengutip kembali amalan ulama silam yang diamal oleh mereka.
Soal Al-fatihah diantara kedua doa itu pula, ada yang berpandangan al-fatihah itu adalah doa, maka mereka tetap menadahkan tangan ketika membaca Al-fatihah, maka ada sebhagian yang tidak mengangkat tangan ketika membaca al-fatihah itu kerana berpendapat Al-fatihah pada ketika itu bukan sebagai doa, tetapi sebagai perantaraan untuk doa yang kedua.Dada para ulama silam sarat dengan ilmu pengetahuan, mereka membuat sesuatu dengan dalil dan hujah yang yang tak dinafikan terdapat kebaikan, namun golongan muda hari ini sudah meniggalkan amalan-amalan yang diamal oleh mereka bahkan ramai yang mengkritiknya, walhal dalam hati mereka sebenarnya mereka malas beramal dan mereka telah alpa dengan tipudaya dunia.Ayuh pemuda dan pemudi, tamadun islam menghanyut pergi, kitalah pewaris yang akan membina kembali, kalau tidak kita siapa lagi.

Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all