Friday 17 July 2009

Dari Mana Asalnya Melayu

Dari manakah asalnya Melayu??.Persoalan ini mungkin jarang timbul dibenak fikiran kita, namun penulis akan berkongsikan salah satu jawapan bagi menjawab persoalan ini buat yang sudi singgah sebentar mengutip apa yang ada di blog penulis.Menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarawan terkenal di zaman lampau, Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s.Menurut beliau, Bangsa Melayu ialah Bani Jawi, iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isterinya yang ketiga bernama Qatura.Anak-anak yang lahir dari perkahwinan Nabi Ibrahim a.s dengan Qatura ini diarahkan berhijrah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka berpindahlah mereka meninggalkan Kana’an.
Perpindahan demi perpindahan mungkin telah berlaku akibat
daripada pelbagai sebab.Dikatakan juga Bangsa Melayu pernan menduduki Tibet dan telah menamakan Gunung Himalaya, yang mana didalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu.Perkara ini berlaku lebih daripada 2000 tahun yang lamapau.Dikatakan juga bahawa Bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung telah berpindah ke selatan akibat peperangan demi peperangan yang berlaku ditanah besar Cina dan India, akhirnya mereke menempatkan diri di Selatan Thai serta semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.
Terdapat juga dari keturunan Kana’an ini yang datang melalui jalan laut, iaitu mengikuti seorang Raja yang bernama Mus, beliau berlayar ke Timur dan mendarat di Palembang, Sumatera.Buktinya, disana terdapat sebuah sungai yang dinamakan Sungai Mus yang bererti Sungai Kepunyaan Mus.
Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s melahirkan tiga keturunan yang besar iaitu, Bangsa Arab daripada keturunan anaknya Ismail a.s, Bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s, dan Bangsa Melayu(Bani Jawi) dari anaknya menerusi perkahwinannya dengan Qatura.Sejak berkurun lamanya, Tanah Melayu di panggil Tanah Jawi,Bani itu bererti anak-anak atau keturunan, sebagaimana nama Bani Lavi(Levi) dari puak Israel.
Ini adalah satu jawapan yang mampu penulis kongsikan, namun sejauh mana kebenarannya tidaklah mampu untuk penulis nyatakan.Kerana selain daripada jawapan ini, terdapat beberapa jawapan lain yang berbeza dari jawapan ini.Kajian-demi kajian mestilah diteruskan untuk mengetahui kebenarannya.Perkongsian ini bukanlah rekaan daripada akal penulis semata-mata, tetapi berdasarkan rujukan guru dan kitab-kitab lama.
Wallahua’lam(Hanya Allah Jua Yang Mengetahui).


Share on :

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright PAHLAWAN AGAMA 2011 - Some rights reserved | Powered by Blogger.com.
Template Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates and Theme4all